Era IT: Cabaran kepada Pendidikan dan Pembangunan Ummah Menjelang Abad ke 21.
 
oleh
 
En Razali Ismail
Maktab Perguruan Kuala Terengganu
 
 
Abstrak

 

 

Era IT dikaitkan dengan kepantasan ‘instantness’ dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa kepada implikasi kepada kehidupan manusia. Di antaranya ialah ‘head to head competition’ iaitu persaingan yang tajam yang akan menentukan kekuatan minda dan pemikiran manusia. Sesiapa yang tewas dalam persaingan ini akan menjadi mangsa di zaman yang begitu pantas berkembang. Pendidikan juga menghadapi cabaran yang sengit di antaranya ledakan maklumat akan berlaku dengan hebat sekali, kepantasan perubahan, dunia pekerjaan akan berubah, kesan media masa menjadi semakin rencam dan pengwujudan masyarakat madani yang menjadi impian wawasan 2020 turut terancam. Di samping itu usaha ke arah Peng-IT-an pendidkan telah menjadi realiti dalam masyarakat kita. Pembelajaran sepanjang hayat secara sendiri ‘privacy’ akan menjadi realiti, perubahan maklumat tidak lagi terletak di tempat khas. Multimedia akan memberi kesan’ value added’ kepada pembelajaran dan gaya pengajaran turut berubah.

 
Last updated: 13 July, 1998
URL:https://members.tripod.com/~Devadason/seminar/RazaliI.html
E-mail:drobertp@tm.net.my