CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENDIDIKAN
MENGHADAPI ALAF BARU
OLEH
MOHAMAD BIN MUDA
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIANPENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYISA.
"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia
Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang
kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru
hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)
Pendahuluan
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".
Cabaran Alaf Baru
Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.
Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi) | |
kekuatan minda (krestif dan proaktif) | |
nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang) | |
semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan | |
ketrampilan |
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
menguasai subjek (kandungan kurikulum) | |
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) | |
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka | |
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) | |
memiliki kemahiran kaunseling | |
menggunakan teknologi terkini | |
dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir | |
boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan | |
memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik. |
Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997)
Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:
Teknologi dan perkomputeran para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. | |
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. | |
Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu: |
Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. | |
Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan. |
Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat | |
Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi | |
Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu | |
Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani |
Kesimpulan
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.