Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Oleh
RAFIEI B. HJ. MUSTAPHA
Panitia Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Jemaah Nazir Sekolah,
Kementerian Pendidikan.
ABSTRAK KERTAS KERJA
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana unsur-unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) wujud dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah di negara ini. Seramai 657 orang guru Bahasa Melayu di 185 buah sekolah menengah dari seluruh negara terlibat sebagai responden kajian.
Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru tentang KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih rendah. Kebanyakan guru (66%) tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, walaupun ada yang telah diberi pendedahan secara formal. Rancangan Tahunan KBKK tidak disediakan tetapi sebilangan kecil guru (37%) ada mencatatkan objektif KBKK dalam Rancangan Mengajar Harian. Kebanyakan guru tidak menerapkan unsur KBKK dalam kaedah penyampaian pelajaran yang meliputi aspek permulaan (set induksi) dan penggunaan bahan pengajaran. Namun 50% guru yang dikaji ada mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBKK dan 55% guru menjalankan aktiviti yang berunsurkan KBKK yang melibatkan pelajar. Latihan bertulis yang ada unsur KBKK diberikan kepada pelajar oleh 52% guru yang dikaji.
(Kementerian Pendidikan Malaysia,1989:01)
1.1 Pernyataan Masalah
1.3 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif di atas, kajian ini diharap dapat menjawab soalan-soalan berikut:
(5) Adakah penyoalan guru merangsang Kemahiran Berfikir pelajar?
1.4 Definisi Konsep
1.4.1 Kemahiran Berfikir
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
(e) Kemahiran belajar
(a) membanding dan membeza;
(b) membuat ramalan;
(c) menerangkan sebab;
(d) mengkategori;
(e) mencetuskan idea;
(f) menentukan sumber yang dipercayai
(g) menghasilkan metafora;
(h) menghasilkan analogi;
(i) mengusul periksa andaian;
(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;
(k) membuat inferens;
(l) membuat keputusan;
(m) menyelesaikan masalah.
(a) Perkenalkan isi kandungan dan proses berfikir;
(e) Aplikasikan kemahiran dalam situasi harian.
1.4.3 Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar
1.4.4 Penyoalan
2.0 REKA BENTUK DAN KAEDAH KAJIAN
Jadual 1
Bilangan Guru Yang Diperhatikan Mengikut Tingkatan
Tingkatan |
Bilangan Guru
|
1 |
123 |
2 |
152 |
3 |
134 |
4 |
136 |
5 |
112 |
Jumlah |
657
|
2.1 Populasi dan Persampelan
Jadual 2
Taburan Sekolah dan Sampel Mengikut Negeri
Negeri |
Jumlah Sekolah Menengah |
Bilangan Sekolah Dikaji |
Bilangan Guru/ Sampel Kajian |
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak |
20
122
77
167
155
70
79
55
156
108
69
109
147
145 |
8
17
8
7
8
4
7
9
27
16
12
32
6
23 |
40
60
32
13
34
4
20
41
109
66
40
78
12
108 |
JUMLAH
|
1,479 |
185 |
657 |
Jadual 3
Lokasi Dan Jenis Sekolah Yang Terlibat
Lokasi/Gred
|
|
Jumlah |
Jumlah Besar
|
Jenis Sekolah |
Bilangan Sekolah |
Gred A |
31 |
|
Asrama Penuh
|
5 |
|
Bandar |
Gred B |
25 |
56 |
Sekolah Biasa
|
47 |
SMV
|
4 |
||||
Gred A
|
57 |
|
Asrama Penuh
|
4 |
|
Luar Bandar |
Gred B |
68 |
125
|
Sekolah Biasa
|
120 |
SMV |
1
|
||||
JUMLAH
|
181 |
181 |
3.0 DAPATAN KAJIAN
Jangka Masa
|
1 - 3 |
4 - 6 |
7 - 9 |
10 ke atas |
Jumlah |
Bilangan/Peratus
|
215 (33%) |
185 (28%) |
81 (12%) |
176 (27%) |
653
|
Dapat membuat rumusan | |
Dapat memberi pandangan | |
Dapat menyambung cerita mengikut tema | |
Dapat meramal/mengagak kejadian yang mungkin berlaku | |
Dapat memahami/mentafsir data | |
Dapat membina graf garisan | |
Dapat menulis pernyataan daripada rajah carta aliran | |
Dapat menyatakan unsur tersirat | |
Dapat membina peta minda |
Perbincangan tentang isi dan tema sajak | |
Mengadakan kuiz antara kumpulan | |
Mengkategori maklumat | |
Mengesan kesalahan dalam karangan | |
Mencipta sajak | |
Mencatat dan mengembangkan isi karangan |
Set induksi penting untuk menarik minat serta perhatian pelajar dan seterusnya memudahkan pemahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.
Kajian ini mendapati 460 orang guru (70%) memulakan pengajaran dengan set induksi. Antara aktiviti yang dijalankan oleh guru ialah bersoal jawab seperti yang dilakukan oleh 400 orang guru (87%). Di samping bersoaljawab terdapat juga set induksi sebilangan kecil guru (15%) yang menggunakan bahan rangsangan seperti perakam radio, bahan grafik dan bahan-bahan maujud yang lain.
Walaupun set induksi diberi perhatian oleh kebanyakan sampel kajian, unsur Kemahiran Berfikir cuma dapat dikesan dalam set induksi pengajaran 185 orang sampel (40%). Bentuk aktiviti yang dianggap mengandungi unsur Kemahiran Berfikir ialah:
Mencungkil pengetahuan sedia pelajar | |
Membanding dan membeza | |
Menerangkan sebab | |
Menggunakan peta minda | |
Menggunakan bahan grafik | |
Menceritakan semula isi bahan yang telah dibaca |
Menghuraikan data berdasarkan soalan-soalan yang menggunakan kata tanya ‘bagaimana’, ‘mengapa’, ‘pada pendapat anda’. |
Meramal situasi berdasarkan dialog dalam cerpen. |
Melengkapkan peta minda untuk tujuan menyediakan rangka karangan. |
Majoriti guru (91%) mengemukakan soalan secara jelas dan mudah difahami. Namun begitu tumpuan kebanyakan soalan yang dikemukakan cuma berkisar pada aras kognitif yang rendah iaitu soalan-soalan jenis pengetahuan (79%) atau kefahaman (81%). Unsur Kemahiran Berfikir dapat dikesan dalam penyoalan oleh 337 orang guru (51%) di mana soalan-soalan aras tinggi (penggunaan, analisis, sintesis, penilaian) ada dikemukakan.
Contoh soalan-soalan aras tinggi yang berunsur Kemahiran Berfikir yang dikemukakan oleh guru adalah seperti berikut:
Bagaimanakah penyajak menempuh alam kedewasaannya tanpa kehadiran ibunya? |
Nyatakan faktor-faktor masalah remaja. |
Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan ‘kasih ibu seperti embun pagi’? |
Kategorikan penggunaan di dan pada berdasarkan teks mengikut maksud yang sebenar. |
Pada pendapat anda apakah/mengapakah/bagaimanakah ...............? |
Aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara bermakna. Semakin banyak pelajar terlibat, dijangkakan semakin tinggi pemahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan.
Kajian ini mendapati 547 orang guru yang diperhatikan (83%) ada mewujudkan aktiviti yang melibatkan pelajar di mana 371 daripadanya (68%) menampakkan penglibatan pelajar secara aktif dan menyeronokkan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan (62%) melibatkan pelajar secara individu. Penglibatan secara berpasangan terdapat dalam pengajaran 70 orang guru (13%) dan aktiviti secara berkumpulan dijalankan oleh 220 orang guru (40%) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu sebanyak 14 aktiviti pengajaran (3%) ada melibatkan pelajar secara berpasukan.
Unsur Kemahiran Berfikir dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dalam pengajaran 302 orang guru (55%). Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
Menyatakan isi tersirat daripada graf. | |
Menyusun rangka karangan dengan melengkapkan peta minda. | |
Perancangan tentang isi-isi berkaitan dengan tajuk karangan. | |
Mengarang sajak. | |
Sumbangsaran. | |
Melengkapkan jadual |
Membuat rumusan daripada Carta Pie tentang pendapatan dan perbelanjaan. | |
Mengarang berdasarkan ide-ide utama yang disusun dalam bentuk peta minda. | |
Latihan-latihan pemahaman berdasarkan graf bar, carta pie, jadual matrik dan carta aliran. | |
Latihan pemetaan fakta atau ide mengenai tajuk yang diajar. |
Intisari Dapatan
1. Pengetahuan tentang Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru masih rendah. Majoriti guru tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran, walaupun di kalangan mereka ada yang telah diberi pendedahan secara formal.
2. Rancangan Tahunan Kemahiran Berfikir tidak disediakan oleh hampir kesemua guru yang terlibat. Walau Bagaimanapun unsur Kemahiran Berfikir dapat dilihat dalam Rancangan Harian sebilangan kecil guru.
3. Unsur Kemahiran Berfikir cuma tergambar dalam aktiviti set induksi pengajaran sebilangan kecil guru (40%). Kebanyakan guru yang lain hanya mengemukakan soalan-soalan beraras rendah dan kurang mencabar dalam set induksi pengajaran.
4. Tahap kewujudan unsur Kemahiran Berfikir dalam penggunaan bahan pengajaran adalah rendah (45%).
5. Aspek penyoalan menampakkan kehadiran unsur Kemahiran Berfikir di kalangan 50% daripada guru-guru yang dikaji. Soalan-soalan aras tinggi jenis penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian ada dikemukakan kepada pelajar.
6. Unsur Kemahiran Berfikir dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dalam pengajaran lebih seperuh (55%) daripada guru-guru yang terlibat.
7. Latihan bertulis pelajar yang diberikan oleh 55% guru menampakkan adanya unsur Kemahiran Berfikir.