Keberkesanan Lagu Rakyat Pentatonik Sarawak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Nyanyian Semerta
1999
Maktab Perguruan Batu Lintang
Chong Pek Lin, Wong Hiong Foo
mpbl@tm.net.my

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan lagu rakyat Sarawak dalam pentatonik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta di sekolah rendah. Perbandingan dibuat dengan pengajaran dan pembelajaran kemahiran yang sama dengan menggunakan lagu-lagu yang terdapat dalam buku KBSR. Data kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kemajuan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Soalselidik dan pemerhatian pengajaran juga menunjukkan bahawa murid-murid meminati lagu-lagu rakyat tempatan yang diajar dan setuju jika lebih banyak lagu rakyat Malaysia diajar di sekolah.

 

Tujuan:

Melihat keberkesanan penggunaan lagu rakyat Sarawak dalam pentatonik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta di sekolah rendah 

 

Soalan:

Adakah pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta dengan menggunakan lagu rakyat Sarawak yang berskel tritonik, tetratonik dan pentatonik sebagai sumber pengajaran lebih berkesan daripada pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta dengan menggunakan lagu-lagu KBSR yang sedia ada sebagai sumber pengajaran?

 

Metodologi (Sampel):

Dua buah kelas Tahun Lima di SRK Satria Jaya.

 

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

  1. Perbandingan dibuat dengan pengajaran dan pembelajaran kemahiran yang sama dengan menggunakan lagu-lagu yang terdapat dalam buku KBSR.
  2. Data kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif

 

Dapatan Kajian:

  1. Data kuantitatif menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kemajuan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.
  2. Soalselidik dan pemerhatian pengajaran juga menunjukkan bahawa murid-murid meminati lagu-lagu rakyat tempatan yang diajar dan setuju jika lebih banyak lagu rakyat Malaysia diajar di sekolah.

Cadangan:

  1. Kajian lanjutan perlu dibuat dengan menggunakan lebih banyak lagu dari berbagai kaum di Malaysia.
  2. Jika lagu-lagu rakyat tersebut didapati lebih berkesan daripada lagu-lagu KBSR, lagu-lagu seumpama ini harus dibukukan untuk kegunaan guru muzik.
  3. Guru-guru muzik seluruh negara perlu digalakkan mengajar lagu tersebut sebagai tambahan atau sebagai alternatif kepada lagu-lagu KBSR.
  4. Mungkin suatu "Tabung Lagu Tradisi" dapat diuruskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum dengan pemberian insentif kepada setiap penyumbang.