Keberkesanan Program Pengajaran Makro Untuk Menangani Masalah-Masalah Pengunaan Pendekatan Konstruktivisme Dalam Pengajaran Sains
1999
Maktab Perguruan Batu Lintang
Tan Ming Tang
mpbl@tm.net.my

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan keberkesanan program pengajaran makro dalam menangani masalah-masalah penggunaan pendekatan konstruktivisme yang dihadapi guru-guru pelatih Sains DPM di Maktab Perguruan Batu Lintang. Borang soalselidik yang digunakan untuk mengenalpasti masalah-masalah tersebut diedarkan sebaik sahaja para pelatih Sains habis menjalani praktikum Sains pada semester 4 dan 6. Data dihitung dengan membilang secara frekuensi bilangan guru pelatih yang menghadapi masalah-masalah spesifik pada setiap fasa pendekatan konstruktivisme. Program pengajaran maktro (rawatan) pula dikendalikan pada semester 5 selama 25 jam di maktab. Kajian ini merupakan eksperimen "one group-posttest design" yang melibatkan seramai 94 orang guru pelatih Sains. Keputusan "Wilcoxon Signed-Rank Test" menunjukkan program pengajaran maktro Maktab Perguruan Batu Lintang adalah berkesan secara statistik untuk menangani masalah-masalah penggunaan pendekatan konstruktivisme yang dihadapi guru-guru pelatih Sains dalam mengajar Sains (Wilcoxon T=-3.299 dan p<0.05)

 

Tujuan:

Menentukan keberkesanan program pengajaran makro dalam menangani masalah-masalah penggunaan pendekatan konstruktivisme yang dihadapi guru-guru pelatih Sains DPM di Maktab Perguruan Batu Lintang 

Soalan:

Adakah program Pengajaran Makro MPBL berkesan untuk menangani masalah-masalah utama guru-guru pelatih Sains dalam penggunaan pendekatan konstruktivisme untuk mengajar Sains?

Metodologi (Sampel):

Kajian ini merupakan eksperimen "one group-posttest design" yang melibatkan seramai 94 orang guru pelatih Sains.

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

  1. Borang soalselidik yang digunakan untuk mengenalpasti masalah-masalah tersebut diedarkan sebaik sahaja para pelatih Sains habis menjalani praktikum Sains pada semester 4 dan 6.
  2. Data dihitung dengan membilang secara frekuensi bilangan guru pelatih yang menghadapi masalah-masalah spesifik pada setiap fasa pendekatan konstruktivisme.
  3. Program pengajaran maktro (rawatan) pula dikendalikan pada semester 5 selama 25 jam di maktab. 

Dapatan Kajian:

Keputusan "Wilcoxon Signed-Rank Test" menunjukkan program pengajaran maktro Maktab Perguruan Batu Lintang adalah berkesan secara statistik untuk menangani masalah-masalah penggunaan pendekatan konstruktivisme yang dihadapi guru-guru pelatih Sains dalam mengajar Sains (Wilcoxon T=-3.299 dan p<0.05).

Cadangan:

  1. Lebih banyak lagi sesi latihan mikro dan makro perlu dijalankan diperingkat maktab agar guru-guru pelatih Sains dapat merancang dan mempraktikkan fasa-fasa pendekatan konstruktivisme dengan lebih kerap
  2. Pensyarah-pensyarah Sains perlu memberi bimbingan dan tunjukajar yang lebih rapi pada bahagian-bahagian perancangan dan pengendalian pelajaran yang masih menimbulkan masalah kepada guru-guru pelatih Sains pada sesi praktikum III khasnya pada bahagian-bahagian berikut: