Persepsi Guru Pelatih Terhadap Pementoran Mentor (Guru Pembimbing) Sekolah Semasa Praktikum
1999
Maktab Perguruan Batu Lintang
Abdul Malek Tahir
Siti Zohora Yassin

mpbl@tm.net.my

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi guru pelatih terhadap pementoran oleh mentor sekolah semasa guru pelatih menjalani praktikum Fasa II. Sampel kajian ini terdiri daripada 38 orang guru pelatih kursus Diploma Perguruan Malaysia semester 6 yang menjalani praktikum di sembilan buah sekolah rendah di sekitar bandar Kuching. Data kajian dengan menggunakan soal selidik untuk mengetahui persepsi responden terhadap peranan dan kualiti mentor serta hubungan pementoran dan jenis bimbingan yang diberi oleh mentor. Soal selidik terbuka dan berstruktur diedarkan kepada 23 daripada 38 orang responden untuk mengetahui lebih mendalam tentang sejau mana peranan yang dimainkan oleh mentor dapat membantu mentee (guru pelatih) dalam meningkatkan ilmu dan profesionalisme mereka. Pembentangan laporan data kajian adalah melalui gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif berdasarkan persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan 56.2% mentor memberi bimbingan lebih daripada 7 kali dan 57.9% mentor memberi bimbingan selepas pengajaran. Terdapat 38.4% mentor tidak memberi bimbingan sebelum guru pelatih mengajar. Mentor dalam kajian ini telah memainkan peranan mereka sebagai pembimbing, fasilitator, jurulatih, kaunselor dan pakar rujuk. Responden mempersepsikan mentor mereka sebagai seorang yang mahir dalam pengurusan bilik darjah, kaunselor yang berkesan, menunjukkan ‘role-model’ dan kepimpinan yang efisien. Hubungan yang dibina oleh mentor telah membawa kepada perkembangan profesionalisme dan peribadi, memberangsangkan, membina kerjasama dan memupuk keyakinan mentee untuk menerokai ilmu dan kemahiran pedagogi serta pengalaman keguruan secara lebih mendalam. Mentor telah memberi bimbingan dalam pengurusan bilik darjah, pengurusan murid-murid, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, membuat refleksi dan kemahiran dalam berkomunikasi. Bimbingan daripada segi sahsiah dan sifat-sifat keguruan yang mulia telah dilaksanakan dengan baik. Pada keseluruhannya dapatan ini menggambarkan guru pembimbing telah memainkan peranan mentor yang berkesan dalam membantu guru pelatih meningkatkan profesionalisme serta memudahkan mereka menjalani praktikum.

 

Tujuan:

Meninjau persepsi guru pelatih terhadap pementoran oleh mentor sekolah semasa guru pelatih menjalani praktikum Fasa II.

Soalan:

 

Metodologi (Sampel):

Sampel kajian ini terdiri daripada 38 orang guru pelatih kursus Diploma Perguruan Malaysia semester 6 yang menjalani praktikum di sembilan buah sekolah rendah di sekitar bandar Kuching

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

  1. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi responden terhadap peranan dan kualiti mentor serta hubungan pementoran dan jenis bimbingan yang diberi oleh mentor.
  2. Soal selidik terbuka dan berstruktur diedarkan kepada 23 daripada 38 orang responden untuk mengetahui lebih mendalam tentang sejau mana peranan yang dimainkan oleh mentor dapat membantu mentee (guru pelatih) dalam meningkatkan ilmu dan profesionalisme mereka.
  3. Pembentangan laporan data kajian adalah melalui gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif berdasarkan persoalan kajian.

Dapatan Kajian:

  1. 56.2% mentor memberi bimbingan lebih daripada 7 kali dan 57.9% mentor memberi bimbingan selepas pengajaran.
  2. Terdapat 38.4% mentor tidak memberi bimbingan sebelum guru pelatih mengajar.
  3. Mentor dalam kajian ini telah memainkan peranan mereka sebagai pembimbing, fasilitator, jurulatih, kaunselor dan pakar rujuk. Responden mempersepsikan mentor mereka sebagai seorang yang mahir dalam pengurusan bilik darjah, kaunselor yang berkesan, menunjukkan ‘role-model’ dan kepimpinan yang efisien.
  4. Hubungan yang dibina oleh mentor telah membawa kepada perkembangan profesionalisme dan peribadi, memberangsangkan, membina kerjasama dan memupuk keyakinan mentee untuk menerokai ilmu dan kemahiran pedagogi serta pengalaman keguruan secara lebih mendalam.
  5. Mentor telah memberi bimbingan dalam pengurusan bilik darjah, pengurusan murid-murid, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, membuat refleksi dan kemahiran dalam berkomunikasi.
  6. Bimbingan daripada segi sahsiah dan sifat-sifat keguruan yang mulia telah dilaksanakan dengan baik. Pada keseluruhannya dapatan ini menggambarkan guru pembimbing telah memainkan peranan mentor yang berkesan dalam membantu guru pelatih meningkatkan profesionalisme serta memudahkan mereka menjalani praktikum.

Cadangan:

Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah peranan yang dinyatakan dalam kajian dimainkan oleh mentor.