Satu Percubaan Penghasilan KKB Kajian Tempatan Dalam Bentuk CD-ROM
Projek ini merupakan satu kajian deskriptif untuk menilai kemampuan serta persepsi guru pelatih terhadap penghasilan KKB dalam bentuk multimedia. Dalam projek ini KKB bagi matapelajaran Kajian Tempatan telah berjaya dihasilkan dalam bentuk CD-ROM, satu bentuk penghasilan teknologi maklumat terkini. Seramai 16 orang guru pelatih yang dibahagikan kepada 4 kumpulan daripada Kumpulan Pengajian Inggeris Kajian Tempatan, Semester 2 Diploma Perguruan Malaysia terlibat dalam projek ini. Projek ini dibantu oleh pensyarah mata pelajaran selaku perunding projek yang bekerjasama dengan pensyarah Unit IT selaku perunding teknologi. Sebanyak 340 jam telah dicatatkan sebagai masa yang telah digunakan oleh guru pelatih di makmal komputer serta bilik multimedia dalam usaha menyiapkan projek ini. Sebanyak 4 buah CD-ROM berjaya dihasilkan yang meggabungjalinkan pelbagai media. Projek ini membuktikan komitmen guru pelatih yang dapat menghasilkan KKB dalam bentuk yang lebih kreatif apabila diberi pendedahan dan bimbingan yang berterusan. Keseluruhannya hasil projek ini telah mewujudkan minat yang mendalam dikalangan guru pelatih untuk mempelajari teknik-teknik terbaru dalam bidang IT untuk menghasilkan KKB yang berkualiti, kreatif dan lebih sistematis. |
Tujuan:
U
ntuk meninjau pengetahuan serta kefahaman guru pelatih terhadap ilmu IT yang boleh digabungjalinkan dalam menghasilkan kerja kursus berbentuk multi media.
Soalan:
-
Metodologi (Sampel):
Seramai 16 orang guru pelatih yang dibahagikan kepada 4 kumpulan daripada Kumpulan Pengajian Inggeris Kajian Tempatan, Semester 2 Diploma Perguruan Malaysia terlibat dalam projek ini
Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):
Dapatan Kajian:
Kumpulan guru pelatih yang dibahagi kepada empat kumpulan akhirnya berjaya menghasilkan 4 CD-ROM mengikut tajuk KKB. CD-ROM ini berjaya dihasilkan pada 22 Mei 1999. Ini merupakan satu kejayaan bukan sahaja kepada guru pelatih juga kepada maktab kita sebagai sebuah maktab perguruan yang pertama kali berjaya membimbing guru pelatih menghasilkan KKB dalam bentuk CD-ROM.
Cadangan: