Kefahaman dan Amalan Unsur Patriotisme Melalui Mata Pelajaran Sejarah Di Sekolah Menengah Atas
1999
Maktab Perguruan Batu Lintang
Haminah bte Suhaibo
haminahs@tm.net.my

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah kefahaman pelajar Menengah Atas terhadap unsur-unsur patriotisme sepertimana yang terkandung dalam Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah Menengah Atas serta apakah angkubah-angkubah yang mempengaruhi tahap kefahaman tersebut. Selain dari itu, tinjauan juga dibuat untuk melihat apakah unsur-unsur patriotisme yang menjadi amalan pelajar dalam kehidupan harian mereka. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar memahami kebanyakan unsur-unsur patriotisme kecuali aspek ‘lambang-lambang negara’, ‘berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara’, ‘peka terhadap masalah dan isu bangsa dan negara’, ‘muhibbah’ serta ‘mempertahan dan menjungung perlembagaan negara’. Kefahaman ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana angkubah yang ada. Dari segi amalan, pelajar kurang mengamalkan amalan ‘ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin’, ‘taat dan setia kepada raja’, sebahagian besar unsur disiplin serta amalan ‘menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara’.

 

Tujuan:

Mengenalpasti apakah kefahaman pelajar Menengah Atas terhadap unsur-unsur patriotisme sepertimana yang terkandung dalam Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah Menengah Atas serta apakah angkubah-angkubah yang mempengaruhi tahap kefahaman tersebut.

Soalan:

  1. Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap unsur-unsur patriotisme seperti yang terkandung dalam kurikulum mata pelajaran Sejarah?
  2. Apakah angkubah-angkubah yang mempengaruhi tahap kefahaman pelajar terhadap unsur-unsur patriotisme?
  3. Apakah unsur-unsur patriotisme yang diamalkan oleh pelajar dalam kehidupan harian mereka?

 

Metodologi (Sampel):

Sampel kajian dipilih dari pelajar-pelajar Menengah Atas 3 buah sekolah di kawasan bandar dan 3 sekolah di kawasan luar bandar.

 

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

  1. Pemilihan dijalankan secara rawak dan meliputi seramai 120 orang pelajar.
  2. Soal selidik dan temubual digunakan dalam pengumpulan data. 
  3. Temubual telah dibuat ke atas 24 orang pelajar dari 2 buah sekolah bandar dan 2 buah sekolah luar bandar.

 

Dapatan Kajian:

  1. Sebahagian besar pelajar memahami kebanyakan unsur-unsur patriotisme kecuali aspek ‘lambang-lambang negara’, ‘berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara’, ‘peka terhadap masalah dan isu bangsa dan negara’, ‘muhibbah’ serta ‘mempertahan dan menjungung perlembagaan negara’. Kefahaman ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana angkubah yang ada.
  2. Dari segi amalan, pelajar kurang mengamalkan amalan ‘ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin’, ‘taat dan setia kepada raja’, sebahagian besar unsur disiplin serta amalan ‘menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara’.

Cadangan:

  1. Semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah, guru perlu menyepadukan isi kandungan dengan unsur-unsur patriotisme. Strategi pengajaran dan pembelajaran guru perlu dipertingkatkan agar unsur patriotisme dapat disematkan disanubari pelajar khususnya berkaitan dengan item hormatkan raja dan lambang negara.
  2. Kursus ‘Kenegeraan’ ataupun yang berkaitan dengan pendedahan tentang pembangunan negara perlu dibuat supaya pelajar (remaja) lebih mengetahui tentang usaha pembangunan negara khususnya menuju ke arah negara maju. Dicadangkan kursus ini dimasukkan juga unsur-unsur kepimpinan dan bagaimana melibatkan diri untuk menjayakan Wawasan negara.
  3. Penggemblengan tenaga diharapkan dapat mengatasi masalah disiplin. Penekanan melalui akta-akta, peraturan-peraturan serta tindakan semua pihak termasuk ibu bapa, para guru malah agensi-agensi tertentu diharap dapat mengatasi masalah ini.
  4. Penggubal kurikulum perlu memasukkan unsur mempertahankan negara dalam kurikulum. Ini penting kerana dengan penerapan unsur ini, kita mampu melahirkan pelajar yang lebih bersedia untuk mempertahankan negara. Gabungjalin unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan tentang sejarah negara mampu melahirkan pelajar yang berwatak dan berdayasaing