Disleksia
1998
Maktab Perguruan Batu Lintang
Haji Rosana bin Awang Bolhassan
rosana@tm.net.my

Kemahiran membaca sangat mustahak dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai kejayaan dalam semua bidang. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), aspek bacaan paling diutamakan, bersama kemahiran mengira dan menulis. Kebolehan membaca buka sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang lain, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sebagai asas bagi seseorang itu mencapai kejayaan dalam alam persekolahan sehingga ke peringkat tinggi. Memandangkan betapa pentingnya kemahiran membaca sebagai wahana kepada prestasi yang memuaskan dalam semua bidang dan juga betapa seriusnya masalah pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca (disleksia) yang masih wujud pada hari ini, satu kajian yang komprehensif perlu dijalankan.

 

Kandungan:

  1. Pengenalan
  2. Definisi Operasional
  3. Instrumen Kajian
  4. Kesimpulan Dapatan