Inovasi Dalam Pendidikan
1998
Maktab Perguruan Batu Lintang
Ibrahim bin Jamain
ijamain@tm.net.my

Inovasi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan pendidikan sesebuah negara. Apakah yang dimaksudkan inovasi? Menurut Roger dan Shoemaker (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Ini turut disokong oleh Spencer (1994) yang menjelaskan bahasa inovasi adalah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Sementara Glosori Teknologi Pendidikan (1995) merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Ketiga-tiga definisi ini secara amnya memberi pengertian yang hampir sama. Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi iaitu idea, amalan dan baru. Ini bermakna dalam sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari segi aspek idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan negara kita, terdapat banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu. Namun sejauhmanakah peranan inovasi tersebut boleh mempengaruhi sistem pendidikan kita? Penulisan ini akan membicarakan faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu inovasi, model penyebaran dan pengaruh inovasi terhadap sistem pendidikan kita.

 

Kandungan:

  1. Pengenalan
  2. Aspek-Aspek Penting Dalam Inovasi
  1. Pengaruh Inovasi Terhadap Pendidikan
  2. Kesimpulan