Kepimpinan Dalam Organisasi Sekolah Dan Kepentingan Kompetensi Pengurus
1998
Maktab Perguruan Batu Lintang
Haminah binti Haji Suhaibo
haminah@tm.net.my

Pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perubahan yang besar, iaitu perubahan dalam struktur organisasi pengurusan pendidikan, peranan dan fungsinya di setiap bahagian dan peringkat, baik di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah mahupun peringkat sekolah. Perubahan ini merupakan salah satu strategi ke arah menyediakan sumber manusia dan infrastruktur yang lengkap dan terkini bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin rumit dan rencam. Pengurus sekolah sebagai pemimpin utama menghadapi cabaran yang lebih besar, yang memaksa mereka sentiasa peka, kreatif, dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah pengurusan harian mereka. Sebagai satu organisasi yang menyediakan sumber manusia yang menjadi harapan negara, pengurus sekolah perlu mempunyai misi dan visi dan kepimpinan yang sesuai dan bertepatan agar matlamat melahirkan warganegara yang diingini dicapai. Sejajar dengan itu, tulisan ini akan melihat cabaran kepimpinan dalam organisasi sekolah, mengapa kompetensi penting dalam pengurusan sekolah dan implikasinya kepada keberkesanan sekolah secara keseluruhannya.

 

Kandungan:

  1. Pendahuluan
  2. Cabaran Kepimpinan Dalam Organisasi Sekolah
  3. Kepentingan Kompetensi Pengurus Pendidikan
  4. Implikasi Kepimpinan Kepada Keberkesanan Sekolah
  5. Rumusan