Kajian Unian Diagnostik Untuk Mengesan Kelemahan Bacaan Bahasa Malaysia Tahun 2
1998
Maktab Perguruan Batu Lintang
Tay Meng Guat
mpbl@tm.net.my

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui secara khusus tahap penguasaan murid-murid dalam satu-satu kemahiran bacaan tahun dua dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di S.R.K Laksamana, Kuching. Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid di peringkat bacaan kecewa. Ujian diagnostik yang dilakukan meliputi peringkat bacaan abjad atau huruf, peringkat bacaan suku kata dan peringkat bacaan perkataan. Sebahagian besar daripada bahan yang digunakan untuk ujian ini direka berdasarkan buku panduan huraian sukatan pelajaran tahun satu dan dua. Kemahiran-kemahiran yang diuji meliputi kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran tahun satu dan dua. Alat yang digunakan ialah ujian diagnostik. Analisis data dibuat berdasarkan kesukaran-ksukaran mengikut kemahiran-kemahiran pada peringkat abjad atau huruf. Peringkat suku kata dan peringkat perkataan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiap-tiap sampel mengalami bebarapa kesukaran yang akhirnya menyebabkan atau menghalangnya daripada menguasai kemahiran-kemahiran bacaaan yang lain. Hasil kajian juga memperlihatkan bahawa kebolehan mengenal nama huruf atau bunyi foniknya tidak bererti seseorang murid akan dapat menguasai kemahiran bacaan dengan senangnya. Tindakan susulan seterusnya ialah merancang pengajaran bimbingan dan pemulihan berdasarkan dapat kajian.

 

Tujuan:

Mengetahui secara khusus tahap penguasaan murid-murid dalam satu-satu kemahiran bacaan tahun dua dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di S.R.K Laksamana, Kuching.

 

Soalan:

 

Metodologi (Sampel):

Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid di peringkat bacaan kecewa.

 

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

Ujian diagnostik yang dilakukan meliputi peringkat bacaan abjad atau huruf, peringkat bacaan suku kata dan peringkat bacaan perkataan. Sebahagian besar daripada bahan yang digunakan untuk ujian ini direka berdasarkan buku panduan huraian sukatan pelajaran tahun satu dan dua. Kemahiran-kemahiran yang diuji meliputi kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran tahun satu dan dua. Alat yang digunakan ialah ujian diagnostik. Analisis data dibuat berdasarkan kesukaran-ksukaran mengikut kemahiran-kemahiran pada peringkat abjad atau huruf. Peringkat suku kata dan peringkat perkataan.  

Dapatan Kajian:

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiap-tiap sampel mengalami bebarapa kesukaran yang akhirnya menyebabkan atau menghalangnya daripada menguasai kemahiran-kemahiran bacaaan yang lain. Hasil kajian juga memperlihatkan bahawa kebolehan mengenal nama huruf atau bunyi foniknya tidak bererti seseorang murid akan dapat menguasai kemahiran bacaan dengan senangnya. 

Cadangan:

Tindakan susulan seterusnya ialah merancang pengajaran bimbingan dan pemulihan berdasarkan dapat kajian.