Penggunaan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) Secara Penyebatian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru SRB(A) Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Kuching, Sarawak
1998
Maktab Perguruan Batu Lintang
Asmah @ Rajemah bt. Othman
mpbl@tm.net.my

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau sejauh manakah guru-guru SRB(A) MDHA Kadir Hassan telah memperolehi pengetahuan dan pemahaman tentang KBKK serta keyakinan untuk menggunakannya secara penyebatian dalam pengajaran mata pelajaran pengkhususan. Bagi memperolehi maklumat ini beberapa pendekatan telah digunakan. Soalselidik telah digunakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan pemahaman, kemahiran serta persepsi dan pandangan guru-guru sekolah ini terhadap KBKK dan pelaksanaannya secara penyebatian dalam pengajaran di bilik darjah. Pemerhatian ke atas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan kajian dokumentai telah dijalankan ke atas 9 orang guru bahasa tahap II untuk mengesan pelaksanaan KBKK secara penyebatian dalam pengajaran mata pelajaran pengkhususan mereka dengan menggunakan borang pemerhatian KBKK. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan SPSS versi 7.5. Pembentangan laporan data adalah melalui gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif berdasarkan persoalan kajian. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjuikan sebahagian besar iaitu 82.5% daripada guru-SRB(A) MDHA Kadir Hassan pernah didedahkan dengan KBKK sama ada melalui latihan dalam melalui sesi perkembangan staf (70%) ataupun melalui kursus anjuran Kementerian Pendidikan (10%). Sebanyak (20%) daripada guru tidak berpeluang menghadiri mana-mana kursus KBKK kerana pada masa yang sama menghadiri kursus anjuran BAHEIS. Pemerhatian pengajaran pembelajaran guru bahasa tahap II menunjukkan bahawa hampir semua mereka ada menyebut tentang kemahiran KBKK dalam pengajaran mereka. Walau bagaimana pun kaedah atau strategi8 yang digunakan adalah berbeza di antara seorang guru dengan yang lain. Majoriti daripada guru-guru ini tidak terikat sepenuhnya dengan teknik atau langkah-langakah penyebatian KBKK seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.

Secara amnya guru -guru telah memberi komen yang positif terhadap pelaksanaan KBKK dalam pengajaran mata pelajaran di dalam bilik darjah. Kebanyakan guru memperlihatkan kefahaman yang jelas terhadap keperluan atau situasi yang boleh mewujudkan penggunaan KBKK yang berkesan dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Sementara itu mereka juga mencadangkan supaya kursus atau latihan dan pendedahan mengenai KBKK diberi secara berterusan disamping menyediakan contoh-contoh bahan p & p yang menggunakan strategi dalam pelbagai media termasuk video dan slaid.

 

Tujuan:

Meninjau sejauh manakah guru-guru SRB(A) MDHA Kadir Hassan telah memperolehi pengetahuan dan pemahaman tentang KBKK serta keyakinan untuk menggunakannya secara penyebatian dalam pengajaran mata pelajaran pengkhususan

Soalan:

1.      Adakah guru-guru SRB(A) MDHAK Hassan faham dengan konsep KBKK dan cara penyebatiannya dalam p & p di bilik darjah?

2.      Sejauh manakah guru-guru bahasa Tahap II di SRB(A)MDHAK Hassan menggunakan KBKK dalam p & p mereka di dalam bilik darjah?

3.      Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan strategi penyebatian dalam proses pengajaran pembelajaran mereka?

Metodologi (Sampel):

 44 guru yang mengajar di SRB(A) MDHAK Hassan

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

Soalselidik telah digunakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan pemahaman, kemahiran serta persepsi dan pandangan guru-guru sekolah ini terhadap KBKK dan pelaksanaannya secara penyebatian dalam pengajaran di bilik darjah. Pemerhatian ke atas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan kajian dokumentai telah dijalankan ke atas 9 orang guru bahasa tahap II untuk mengesan pelaksanaan KBKK secara penyebatian dalam pengajaran mata pelajaran pengkhususan mereka dengan menggunakan borang pemerhatian KBKK. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan SPSS versi 7.5. Pembentangan laporan data adalah melalui gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif berdasarkan persoalan kajian.

 

Dapatan Kajian:

Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjuikan sebahagian besar iaitu 82.5% daripada guru-SRB(A) MDHA Kadir Hassan pernah didedahkan dengan KBKK sama ada melalui latihan dalam melalui sesi perkembangan staf (70%) ataupun melalui kursus anjuran Kementerian Pendidikan (10%). Sebanyak (20%) daripada guru tidak berpeluang menghadiri mana-mana kursus KBKK kerana pada masa yang sama menghadiri kursus anjuran BAHEIS. Pemerhatian pengajaran pembelajaran guru bahasa tahap II menunjukkan bahawa hampir semua mereka ada menyebut tentang kemahiran KBKK dalam pengajaran mereka. Walau bagaimana pun kaedah atau strategi8 yang digunakan adalah berbeza di antara seorang guru dengan yang lain. Majoriti daripada guru-guru ini tidak terikat sepenuhnya dengan teknik atau langkah-langakah penyebatian KBKK seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.

Cadangan:

Secara amnya guru -guru telah memberi komen yang positif terhadap pelaksanaan KBKK dalam pengajaran mata pelajaran di dalam bilik darjah. Kebanyakan guru memperlihatkan kefahaman yang jelas terhadap keperluan atau situasi yang boleh mewujudkan penggunaan KBKK yang berkesan dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Sementara itu mereka juga mencadangkan supaya kursus atau latihan dan pendedahan mengenai KBKK diberi secara berterusan disamping menyediakan contoh-contoh bahan p & p yang menggunakan strategi dalam pelbagai media termasuk video dan slaid.