Persepsi Guru Pembimbing Terhadap Peranan Sebagai Mentor: Satu Tinjauan Praktikum III
1998
Maktab Perguruan Batu Lintang
Siti Zohora bt. Yassin, Abdul Malek b. Mohd Tahir, Junaidi b. Zulkipli, Ivy Teo
mpbl@tm.net.my

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi guru pembimbing terhadap peranan sebagai mentor semasa guru pelatih maktab perguruan menjalani praktikum III. Seramai 134 orang guru pembimbing kepada guru pelatih, dari Maktab Perguruan Batu Lintang yang menjalani praktikum (6 minggu) sekolah rendah di sekitar bandar Kuching, telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Hanya 100 orang responden telah mengembalikan soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada responden semasa praktikum untuk mendapat data berikut: (I) maklumat latar belakang tentang guru pembimbing; (ii) peranan guru pembimbing sebagai mentor; (iii) pandangan tentang pelaksanaan Praktikum III oleh maktab. Data dan dapatan kajian ini dianalisis dengan kaedah kuantitatif yang menggunakan statistik peratusan dan diperkukuhkan data kualitatif iaitu kenyataan yang dikemukakan oleh responden dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati guru pembimbing gagal mewujudkan "rapport" (hubungan) dengan guru pelatih kerana ketidakjelasan tentang peranan mereka sebagai mentor. Selain tidak membuat perbincangan tentang kesukaran yang dihadapi oleh guru pelatih, guru pembimbing juga tidak memberitahu bahawa mereka kurang yaking melaksanakan tugas sebagai mentor kerana taklimat terlalu ringkas, walaubagaimanapun responden didapati memahami cara menggunakan/mengisi Borang PR3. Kajian mencadangkan agar guru pembimbing diberi kursus supaya kefahaman guru pembimbing tentang konsep dan proses pementoran lebih jelas dan sekali gus membolehkan mereka memainkan peranan lebih yakin dan berkesan.

 

Tujuan:

Meninjau persepsi guru pembimbing terhadap peranan sebagai mentor semasa guru pelatih maktab perguruan menjalani praktikum III 

Soalan:

1.      Sejauhmanakah kefahaman guru pembimbing sebagai mentor  kepada guru pelatih?

2.      Adakah taklimat yang diterima dapat membantu guru pembimbing dalam melaksanakan peranannya sebagai mentor?

Metodologi (Sampel):

Seramai 134 orang guru pembimbing kepada guru pelatih, dari Maktab Perguruan Batu Lintang yang menjalani praktikum (6 minggu) sekolah rendah di sekitar bandar Kuching, telah dijadikan sampel dalam kajian ini.

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

1.      Hanya 100 orang responden telah mengembalikan soal selidik.

2.      Soal selidik diedarkan kepada responden semasa praktikum untuk mendapat data berikut: (I) maklumat latar belakang tentang guru pembimbing; (ii) peranan guru pembimbing sebagai mentor; (iii) pandangan tentang pelaksanaan Praktikum III oleh maktab.

3.     Data dan dapatan kajian ini dianalisis dengan kaedah kuantitatif yang menggunakan statistik peratusan dan diperkukuhkan data kualitatif iaitu kenyataan yang dikemukakan oleh responden dalam kajian ini.

 Dapatan Kajian:

Guru pembimbing gagal mewujudkan "rapport" (hubungan) dengan guru pelatih kerana ketidakjelasan tentang peranan mereka sebagai mentor. Selain tidak membuat perbincangan tentang kesukaran yang dihadapi oleh guru pelatih, guru pembimbing juga tidak memberitahu bahawa mereka kurang yaking melaksanakan tugas sebagai mentor kerana taklimat terlalu ringkas, walaubagaimanapun responden didapati memahami cara menggunakan/mengisi Borang PR3.

Cadangan:

Guru pembimbing diberi kursus supaya kefahaman guru pembimbing tentang konsep dan proses pementoran lebih jelas dan sekali gus membolehkan mereka memainkan peranan lebih yakin dan berkesan.