Make your own free website on Tripod.com

Masalah dan Sikap Murid-Murid Tahun Lima Terhadap Penyelesaian Matematik KBSR: Satu Kajian di SRB St. Faith Kenyalang, Kuching
1998
Maktab Perguruan Batu Lintang
Lim Poh Moi
mpbl@tm.net.my

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan sikap mereka terhadap penyelesaian masalah dalam matematik KBSR. Kajian ini menggunakan dua cara untuk mengumpul data. Soalan-soalan ujian matematik digunakan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam penyelesaian masalah harian matematik manakala soal selidik yang merangkumi aspek-aspek afektif disediakan untuk mengumpul data tentang sikap murid-murid terhadap matematik secara am dan kemahiran menyelesaikan masalah harian matematik secara khas. Soalan-soalan ujian dan soal selidik ditadbirkan kepada 37 orang murid Tahun Lima di SRB St. Faith Kenyalang, Kuching. Bagi soalan-soalan ujian, jawapan-jawapan murid dikumpul dan dibuat analisis secara kuantitatif, iaitu mengikut peratusan yang menjawab benar atau palsu. Hasil dapatan menunjukkan lebih kurang setengah daripada subjek kajian belum menguasai operasi bahagi dengan baik dan ramai pula belum menguasai kemahiran operasi bercampur. Sikap negatif murid terhadap matematik adalah disebabkan murid-murid selalu tidak faham kehendak soalan dalam penyelesaian masalah. Sikap malas murid-murid juga menyumbang kepada kelemahan mereka dalam penyelesaian masalah harian matematik.

 

Tujuan:

1.      Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam penyelesaian masalah harian matematik.

2.      Mengurangkan unsur-unsur negatif dalam sikap murid-murid terhadap penyelesaian masalah harian matematik ke satu paras yang minima.

Soalan:

 

Metodologi (Sampel):

37 orang murid Tahun Lima di SRB St. Faith Kenyalang, Kuching

 

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian):

1.      Soalan-soalan Ujian Matematik

2.      Soal Selidik Murid untuk mengumpul data tentang sikap murid-murid terhadap matematik (am) dan kemahiran menyelesaikan masalah harian (khas).

Dapatan Kajian:

1.      Lebih kurang setengah daripada subjek kajian belum menguasai operasi bahagi dengan baik dan ramai pula belum menguasai kemahiran operasi bercampur.

2.      Sikap negatif murid terhadap matematik adalah disebabkan murid-murid selalu tidak faham kehendak soalan dalam penyelesaian masalah.

3.      Sikap malas murid-murid juga menyumbang kepada kelemahan mereka dalam penyelesaian masalah harian matematik.

Cadangan:

1.      Kelemahan penguasaan kemahiran operasi bahagi dan operasi bercampur menyebebkan murid-murid tidak dapat menjalankan penghitungan dengan betul.  Ini dapat diperbaiki dengan mengenalpasti murid-murid berkenaan dan mengadakan kelas pemulihan bagi membantu mereka belajar semula konsep bahagi dan membuat latihan dalam operasi bercampur.

2.      Sikap negatif murid terhadap penyelesaian masalah berpunca daripada kesukaran memahami kehendaki soalan dan dengan itu tidak dapat menjalankan algoritma seperti yang dikehendaki.  Kesukaran memahami soalan panjang boleh disebabkan oleh penguasaan Bahasa Melayu yang rendah ataupun kerana pendekatan pengajaran guru matematik yang tidak sesuai dengan gaya pembelajaran murid-murid dan seterusnya menyebabkan murid-murid tidak berminat dan dengan itu tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru.  Dicadangkan satu kajian tindakan dijalankan untuk mengenalpasti sama ada penguasaan Bahasa Melayu ataupun amalan pengajaran guru yang menyebabkan murid-murid tidak faham kehendak soalan panjang supaya tindakan yang selanjutnya dapat dilaksanakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah ini.

3.      Masalah sikap malas murid tidak dapat diatasi dengan melibatkan pihak sekolah sahaja.  Ini merupakan satu masalah yang harus ditangani oleh murid-murid sendiri dengan pertolongan ibu bapa di rumah serta kawalan dan galakan daripada guru di sekolah.  Dicadangkan semasa memberi buku penyata kepada murid-murid setiap semester, pihak sekolah menetapkan satu hari khas untuk berbincang dengan ibu bapa tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah.  Perjumpaan yang khas perlu diadakan apabila timbulnya masalah ini disepanjang hari persekolahan supaya aktiviti-aktiviti murid-murid yang bersikap malas dapat dikawal oleh ibu bapa di rumah.  Walaupun masalah sikap murid yang malas ini mungkin tidak dapat dihapuskan sama sekali, tetapi semoga keprihatinan dan kerjasama dari kedua-dua pihak guru dan ibu bapa dapat mengurangkan masalah ini kepada satu tahap yang lebih rendah.