Dasar Luar Malaysia Dan Hubungan Serantau Sebelum 1970: Satu Tinjauan Sejarah
1994
Maktab Perguruan Batu Lintang
Mohd Noor Mat Yazid
mnoor@tm.net.my

Dasar luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara. Ini kerana kebanyakan negara di dunia pada hari ini saling bergantungan di antara satu sama lain dalam berbagai aspek seperti politik, ekonomi, keselamatan dan teknologi. Esei ini akan membincangkan dasar luar negara pada zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman dari tahun-tahun 1957 hingga 1970. Antara lain yang akan disentuh ialah dasar luar negara yang pro-Barat dan anti-Komunis serta hubungan Malaysia dengan negara-negara tetangga khususnya ekoran daripada gagasan dan penubuhan Malaysia 1963; bagaimana ianya diselesaikan demi kepentingan bersama rantau Asia Tenggara.

 

Kandungan: