Bimbingan Pendidikan Seni Dalam Bilik Darjah Di Sekolah Rendah Berasaskan Perkembangan Peribadi Kanak-Kanak
1992
Maktab Perguruan Batu Lintang
Amiruddin Hj. Osman
amir@tm.net.my

Kerap didapati guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni di sekolah menggunakan pendekatan dan bimbingan yang sama seperti mengajar mata pelajaran akademik yang lain. Sebagai contoh, penyampaian maklumat untuk murid-murid mereka lulus peperiksaan lebih diutamakan daripada soal pembentukan peribadi yang seimbang. Tanggapan bahawa pendekatan kepada pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni adalah serupa dengan mata pelajaran lain di sekolah adalah tidak benar. Walaupun tumpuan utama adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan namun pembentukan peribadi murid tidak harus diabaikan terutamanya di peringkat kanak-kanak.

 

Kandungan:

  1. Pengenalan
  2. Pendidikan Seni Dan Pertumbuhan Peribadi Kanak-Kanak
  1. Kesimpulan