Pendidikan Mubaligh dan Melayu di Sarawak Semasa Pemerintahan Dinasti Brooke (1840-1946)
1992
Maktab Perguruan Batu Lintang
Rusli bin Ahmad
rusli@tm.net.my

Esei ilmiah ini akan membicarakan pendidikan di Sarawak semasa pemerintahan Dinasti Brooke ‘(James Brooke 1840-1868, Charles Brooke 1868-1917 dan Charles Vyner Brooke 1917-1946). Sejarah telah membuktikan Dinasti Brooke telah memerintah lebih dari 100 tahun di Sarawak. Pasti terdapat sistem pendidikan yang telah dipraktiskan. Pengetahuan yang mendalam tentang pendidikan zaman silam ini bukan saja penting untuk catatan sejarah dan pengetahuan tetapi untuk memperkayakan khazanah pendidikan di Sarawak sendiri. Sungguhpun terdapat masalah dari segi sumber bacaan yang terhad, kajian ini cuba membuat penganalisaan seilmiah mungkin. Sesungguhnya pendidikan mubaligh dan Melayu telah dipraktiskan semasa pemerintahan Dinasti Brooke dan memainkan peranan penting untuk memberi pendidikan kepada penduduk tempatan Sarawak pada ketika itu.

 

Kandungan:

  1. Mukadimah
  2. Sekolah-sekolah Mubaligh
  3. Sekolah Melayu
  4. Kesimpulan