Mengatur Jadual Waktu Maktab dengan Menggunakan Komputer Mikro
1992
Maktab Perguruan Batu Lintang
Devadason Robert Peter
drobertp@tm.net.my

Proses menyediakan jadual waktu merupakan satu tanggungjawab yang agak berat terutama sekali di maktab ini di mana pergerakan pensyarah agak kerap dan tidak tentu masa. Walau bagaimana sekalipun, AJK jadual waktu adalah dimandatkan untuk mempamerkan Jadual Waktu yang sudah siap sebelum bermulanya setiap semester. Dalam kertas ini dihuraikan proses-proses penting yang terlibat dalam penyediaan jadual waktu daripada masa ketua jabatan menyerahkan senarai beban tugas pensyarah sehingga jadual waktu dipamerkan di papan kenyataan maktab. Langkah-langkah yang telah diambil itu mempercepatkan penjanaan jadual waktu, mengurangkan bilangan tenaga pekerja yang diperlukan untuk menyiapkan tugas ini yang sering sekali berlaku semasa cuti semester serta mengambil kira keperluan keselesaan pensyarah disamping memenuhi kehendak kursus juga dibincangkan.

 

Kandungan:

  1. Pendahuluan
  2. Proses-proses yang terlibat
  1. Faktor-faktor yang merumitkan penyediaan jadual waktu
  2. Bagaimana mengurangkan masalah ini?
  3. Aspek-aspek yang ditinggalkan
  4. Penutup