Kemahiran Hidup: Satu Pengenalan
1992
Maktab Perguruan Batu Lintang
Tengku Adli Raja Omar
adli@tm.net.my

Dewasa ini kita sering mendengar ungkapan wawasan 2020. Ia diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Dato Seri Doktor Mahathir Mohamad dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Wawasan ini dberi perhatian oleh Perdana Menteri dengan harapan untuk menjadikan negara kita sebagai sebuayh negara maju berasaskan kepada industri moden pada tahun 2020. Untuk menjadi negara maju kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Tenaga kerja ini dapat dihasilkan sekiranya sistem pendidikan negara cenderung ke arah kemahiran atau vokasional.

 

Kandungan:

  1. Pendahuluan
  2. Perkembangan Kemahiran Hidup
  3. Objektif Kemahiran Manipulatif
  4. Objektif Kemahiran Hidup
  5. Kandungan Kemahiran Manipulatif
  1. Kandungan Kemahiran Hidup
  1. Penutup