Teknologi Maklumat (Asas Dinamika Guru)



Penilaian
Topik Bentuk  
Penilaian
Peruntukan 
Markah
1. Persembahan Elektronik 
 
 
Tugasan 
(Hasilkan Persembahan Elektronik) 
 
33% 
 
 
2. Rangkaian Komputer 
 
 
 
Tugasan 
(Mengenalpasti Satu Laman dan jelaskan bagaimana ia dapat digunakan dalam P-P) 
 
27% 
 
 
 
3. Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan 
 
 
Tugasan 
(Menilai perisian PPBK mengikut kriteria yang ditetapkan) 
 
27% 
 
 
 
4. Etika 
 
Tugasan
 
13% 
 
 
Tugasan 1 (PowerPoint)
Hasilkan satu persembahan elektronik mengenai PPBK lebih kurang 10 slaid untuk dipersembahkan kepada kelas pada minggu ke-6.  Sebelas kumpulan akan dibentuk untuk mempersembahkan sebelas bab mengenai PPBK yang diedarkan.

Kriteria Pemarkahan
Bil Ciri Peruntukan 
Markah
1 Lebih kurang 10 slaid, termasuk slaid tajuk dan slaid tamat 2
2 Grafik yang sesuai digunakan 2
3 Animasi yang sesuai digunakan 2
4 Kesan Transisi sesuai 2
5 Kesan Bunyi sesuai 2
6 Layout yang baik 2
7 Pemilihan Warna yang baik 2
8 Pandangan menyeluruh yang bersih 1
9 Isi 2
10 Persembahan 3
 Catatan: Anda boleh buat keputasan untuk tidak menggunakan satu atau lebih elemen (2 - 5) yang dinyatakan di atas.  Jika begitu, anda perlu memberi alasan munasabah semasa pembentangan.
 
Tugasan 2 (Rangkaian Komputer)
(Penting: Anda perlu meneroka web browser di pusat sumber mulai daripada sekarang kerana maktab hanya mampu menyediakan satu sambungan kepada internet)
Anda dikehendaki mencari satu laman yang sesuai digunakan dalam p-p menggunakan browser di pusat sumber.  Catatkan URL(alamat)nya dan kemudian bentangkan bagaimana anda dapat menggunakannya dalam p-p.  Sediakan dua atau tiga halaman daripada laman itu sebagai illustrasi.  Tugasan ini dibuat dalam kumpulan 4 orang (maksimum).

Kriteria Pemarkahan

Tugasan 3 (Menilai Perisian PPBK)
Pilih 5 kriteria yang paling bermakna kepada anda untuk menilai sebuah perisian PPBK yang anda pilih.  Laporan anda mesti mengandungi kenyataan kriteria serta huraian ringkas diikuti oleh penjelasan bagaimana perisian yang dipilih memenuhi atau tidak memenuhi kriteria anda bagi setiap kriteria.

Kriteria Pemarkahan

Ujian 4 (Etika)
Cari sebuah artikel (~5 halaman) mengenai Plagiat hakcipta atau penyalahgunaan komputer dan menulis rumusan satu muka surat mengenainya.  Gariskan ayat/perkataan yang penting pada artikel  tersebut.  Salinan fotostat artikel perlu dihantar bersama

Kriteria Pemarkahan


Last updated: 17 June, 1998
URL:https://members.tripod.com/~Devadason/dpm5/penilai.html
E-mail:drobertp@tm.net.my